Konsol KFC, dikuasai oleh Intel dan boleh panaskan ayam?!

Min pun tak percaya pada mulanya, tapi ini bukan cobaan, ini betul-betul geng! Mengikut The Gamer, KFC Console merupakan satu inovasi oleh KFC, ya, KFC yang selalu kita makan tu. Ianya menggunakan processor Intel dan yang paling min rasa tak masuk akal sekali, korang boleh panaskan ayam korang yang dah sejuk menggunakan KFC Console, serious, itulah apa yang diwar-warkan.

Berita tersebut disampaikan oleh bahagian PR Intel sendiri, Mark Walton, dimana beliau telah mendedahkan tentang konsol yang mampu memanaskan ayam di Twitter beliau. Kedengaran seperti mengarut, tetapi, ianya benar.

Walton juga menyebarkan link dimana kenyataan yang terperinci diberikan tentang KFC Console tersebut.

KFC Console telah pun tiba! Dibuat dari api di dalam oven KFC dan dibina oleh Cooler Master dari awal. Tiada cara lain untuk mengalami game terbaru dalam resolusi 4K,240fps.”

Secara jujur, quote di atas membuatkan min meragui kebolehan KFC Console ni. Apa pun, min nak tahu reaksi korang lepas baca artikel ni, adakah korang ketawa? Menangis? Sebab min sendiri konfius and tak tahu nak react macam mana. Oh, lupa min nak bagitahu, KFC Console ni VR ready dan support Ray Tracing. Juga mempunyai slot GPU yang boleh diubah. Apa pun, tunggu dan lihat.

Layan video di bawah:


Sumber: The Gamer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *