Minat XCOM? Minat Robot? Boleh Cuba Phantom Brigade

Zaman PlayStation dulu, min suka main game Front Mission, game Turn-Based Tactics yang sangat addictive. Kali ini, muncul Phantom Brigade, ianya merupakan Turn-Based Tactics Game yang baru saja di lancarkan sebagai Early Access. Nak tahu tak game dia macam mana? Jom baca artikel ni sampai habis.

Phantom Brigade baru sahaja memasuki fasa Early Access di Epic Game Store. Game ni saling tak tumpah macam game XCOM, di mana, korang perlu mengawal robot di medan perang dan sesudah itu, korang jugalah yang perlu melakukan segala jenis kerja seperti mengawal pilot, mengatur strategi, menakluk kawasan musuh dan menambah baik robot yang korang miliki. Sama macam game Front Mission bukan?

Dah tengok trailer tu? Menarik kan? 1st impression min (min tak main lagi), ianya nampak menarik dari segi grafik dan juga animasi yang dipertontonkan. Kedua,  design robot yang bagi min, nampak slick dan cool gitu. Untuk interface pula, min rasa macam tak berapa complicated seperti game Turn-Based Tactics yang lain (XCOM, Phantom Doctrine) di mana, game tersebut mempunyai interface yang sangat kompleks dan susah untuk difahami oleh pemain baru untuk genre Turn-Based Tactics.

Tentang naratif game ni pula, ianya berkisar tentang sekumpulan pilot yang memliki robot prototaip rahsia yang mempunyai kebolehan untuk melihat masa hadapan. Bermaksud, robot tersebut boleh tahu akan pergerakan musuh, dan apa yang akan dilakukan musuh. Menarik kan?

Rasanya, itu sahaja ulasan min tentang game Phantom Brigade, dan ulasan ini hanya ulasan dasar, di mana ianya dilakukan berdasarkan melihat kepada trailer dan beberapa elemen yang dipertonjolkan di dalam trailer tersebut. Overall, akan ada kemungkinan min akan beli dan main memandangkan game Phantom Brigade ni mengingatkan min tentang game Front Mission dulu-dulu. Kalau ada yang dah main, apa kata korang share pengalaman korang main Phantom Brigade nih dengan min.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *