Ada Yang Berjaya Memiliki Game Cyberpunk 2077 Awal dan Stream Selama 20 Minit – Marketing ke?

Uish, bertuah betul, siapakah gerangan yang berjaya memiliki game Cyberpunk 2077 awal ni? Diperkatakan yang game Cyberpunk 2077 akan ditunda pelancarannya sehingga 10 Disember 2020 (harap tak tunda lagi lah), tetapi, ada manusia yang berjaya memiliki game ni awal, hurm, siap boleh stream 20 minit lagi tu, dahsyat!

Footage tersebut datangnya dari PlayStation 4 Pro dan ianya berjaya dikesan, disimpan dan di kongsikan ke dalam pelbagai forum. Menurut footage, pemain tersebut skip dalam melakukan karekter beliau dan terus kepada gameplay.

Takdela leak banyak mana pun, 20 minit je dan min rasa, separuh dari itu cuma cinematic dan story je. Pemain menunjukkan prolog kehidupan Nomad, dimana V membaiki kereta mereka dia pekan kecil di luar bandar Night City sambil dikejar denagn pihak berkuasa dan memecah masuk ke menara telekom untukĀ  mendapatkan signal radio untuk meminta bantuan dari kenalan.

Itu jelah, yang selebihnya kalau korang nak tahu, tunggulah 10 Disember nanti. Tapi kan, ini sekadar teori konspirasi min lah. Memandangkan hype game Cyberpunk 2077 ni makin sejuk, pihak marketing CD Projekt Red perlu mencari jalan untuk membakar kembali api hype Cyberpunk 2077 menjadi lebih marak dan inilah salah satu caranya. Korang rasa?


Sumber: PC Gamer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *