Restoran KFC yang rasmi dibuka di Animal Crossing: New Horizons!

KFC Filipina dan juga Ogilvy telah membuka restoran rasmi KFC di dalam game Animal Crossing: New Horizons di platform Nintendo Switch.

Restoran KFC tersebut terletak di pulau KFC, mencirikan dapur utama mereka, kawasan dine-in dan yang paling menarik sekali, mereka mempunyai kawasan simpanan untuk kesemua 11 herba dan rempah rahsia mereka. Mereka yang melawat pulau tersebut akan berjumpa dengan Colonel Sanders sendiri dan bukan itu sahaja, mereka juga akan diberi kod untuk mendapatkan bucket 8 ketul ayam secara percuma yang boleh ditebus di mana-mana KFC di Filipina. Serious best gila!

Kalau korang nak melawat pulau KFC ni, korang boleh usha Facebook Page rasmi KFC Filipina, dimana mereka akan update Dodo Codes mereka setiap hari!

Apa pendapat korang? Cool kan?


Sumber: NintendoSoup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *