Showmatch Amal 515 eParty, Mobile Legends: Bang Bang Menderma Untuk Pencegahan Wabak COVID-19

Bertarikh 18 Mei 2020, Moonton dengan jayanya telah menganjurkan acara 515 eParty bagi permainan mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). 16 Mei 2020 merupakan kemuncak bagi acara 515 eParty yang telah pun berlangsung selama sebulan. Showmatch amal yang dijalankan disertai oleh bintang media sosial bagi MLBB iaitu Soloz, MasterRamen, SynC, Ly4Ly4Ly4 dan ramai lagi telah berjaya mencapai matlamat mereka iaitu berhibur sambil beramal bagi mengumpul dana untuk tabung kebajikan wabak Covid-19.

Di akhir siaran langsung, Moonton telah mengumumkan yang sumbangan dana sebanyak RM51,500 akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi wira hadapan Malaysia “Frontliners” yang telah berusaha bertungkus lumus untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Secara tidak langsung, komuniti MLBB antara penyumbang yang besar kepada dana ini melalui tontonan dan perkongsian Showmatch Amal menerusi media sosial mereka.

“Dari pihak Moonton, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti MLBB kerana memainkan peranan yang besar dalam sumbangan tabung kebajikan Covid-19 melalui penglibatan mereka dalam Showmatch Amal 515 eParty dan kami juga ingin berterima kasih atas sokongan mereka terhadap Mobile Legends: Bang Bang. Selain daripada acara 515 yang sedang berlangsung, kami juga telah menyediakan pelbagai ganjaran dalam permainan sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka”

– Kata Snow Leng, Pengurus Pemasaran bagi Shanghai Moonton Technology Co., Ltd.

Pada mereka yang ingin tahu, acara 515 merupakan acara tahunan bagi MLBB yang diadakan di seluruh dunia. Pada tahun lepas, temanya adalah “515 United” dengan slogan “United We Win”. Di Malaysia pula, pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan MLBB, cosplay, cabutan bertuah dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik.

Tahun ini pula, usaha pihak MLBB dan juga komuniti dalam mencegah wabak penularan Covid-19, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), acara 515 dijalankan sepenuhnya secara atas talian dan ini membolehkan setiap pemain MLBB meraikan acara 515 dengan hanya berada di rumah. Dengan bertemakan “515 eParty” dan slogan “Game On! Party On!”, pemain akan disajikan dengan acara yang menarik serta cabutan bertuah dan pertandingan yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan!

Untuk 515 tahun ini, terdapat beberapa acara yang memberi ganjaran edisi terhad di dalam permainan, dan para pemain MLBB berpeluang untuk mendapatkan hero Luo Yi secara percuma dengan hanya log masuk permainan pada 16 Mei. Menyambung tradisi 515 sebelum ini, satu lagu tema bertajuk “Party Legends” telah pun dilancarkan. Bagi meraikan bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Aidilfitri, peserta perlu melakarkan bagaimana Hero MLBB meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, ruang antara muka permainan MLBB telah dikemas kini kepada tema Ramadhan. Ini bertujuan untuk pemain bermain sambil meraikan bulan yang istimewa dan penuh barakah ini. Banyak juga acara yang telah dijalankan di laman rasmi Facebook MLBB dan Instagram, seperti Cabaran Bergambar 515, Mengubahsuai Lagu Tema dan Cabaran 515 Finger Dance dan hadiah wang tunai yang berjumlah USD 2,515. Tidak dilupakan juga, Bingkai Profil Facebook 515 eParty serta WhatsApp Stickers edisi terhad 515 eParty bagi meraikan acara ini bersama orang ramai.

Selain daripada Showmatch Amal 515 eParty, beberapa bintang media sosial dari Malaysia dan Singapura juga, seperti Cody Hong, Lizz Chloe, Danny Ah Boy, Elizabeth Tan, Jian Hao Tan, Night Owl Cinematics dan juga Dee Kosh turut meraikan acara 515 ini. Dengan kejayaan 515 eParty pada tahun ini, ianya dapat menyatukan orang ramai untuk bermain Mobile Legends: Bang Bang bersama-sama dalam norma baru ini, kami pasti akan kembali untuk meraikan acara 515 pada tahun 2021!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *