Selena Gomez saman game developer mobile 10 juta USD!

Fuhh, panas, walaupun ianya bukanlah developer yang terkenal, tetapi yang membuatnya panas apabila developer game mobile tersebut di saman oleh Selena Gomez. Korang tahu tak yang untuk buat sponsored post dengan Selena Gomez pun memerlukan satu amaun yang sangat besar. 800,000 USD untuk satu sponsored post! Gila betul!

Kredit: GettyImages

Menurut Mail Online, Selena Gomez, telah pun membuat satu lawsuit dan menyaman developer tersebut. Atas sebab mereka menggunakan nama Selena Gomez, imej dan malah tiada perubahan dan ianya sama. Game tersebut adalah Clothes Forever, merupakan satu game tentang mengubah stail karekter anda. Macam game fesyen lah.

Di dalam lawsuit tersebut, Selena Gomez menyatakan yang developer tersebut menggunakan cover depan majalah Flare, untuk mempromosikan game mereka. Bayangkan, seratus peratus sama.

Manala orang tu tak naik angin kan, apa-apa pun, aku harap yang kes ini boleh selesai, dan kepada developer di luar sana, mahupun yang terkenal, besar atau kecil, janganlah sesuka hati menggunakan orang-orang ternama sesuka hati, ini kerana, seperti Cik Selena Gomez kita nyatakan, ianya menjejaskan reputasi mereka sebagai artis, dan pada masa yang sama, ini merupakan satu langkah yang tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi royalti kepada pemilik gambar tersebut.


Sumber: Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *