World War Corona, game yang dicipta oleh anak melayu semasa arahan PKP

Siapa kata orang melayu tak hebat, hebat tau! Dalam arahan PKP, punya lah bosan, ada seorang pemuda dan teamnya berjaya mencipta satu game yang diberi nama ‘World War Corona’. Fuh, dan alasannya kerana mereka bosan duduk dirumah tak buat apa-apa dan terdetik di hati ingin melakukan short game. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom, teruskan bacaan korang.

Kredit: Danial Aiman

Danial Aiman nama diberi, atau dikenali juga dengan nama Apekgamingshack. Pada tahun 2018, beliau telah pun memulakan satu project horror game yang diberi nama T.A.K Project. Pada tahun ini, disebabkan beliau dan team bosan duduk dirumah dan tidak membuat apa-apa, dia telahpun mencipta satu short game horror yang diberi nama ‘World War Corona’. Motif game ini adalah untuk memberi awareness kepada gamers sekalian yang berada di Malaysia tentang pandemik yang sedang melanda negara kita iaitu Covid-19. Paling hebat, game ini dibuat dalam masa sehari je tau!

SINOPSIS GAME

Pada Tahun 2020

Tahun yang saya ingat tahun adalah tahun special bagi saya. Tetapi selepas masuk 2020 dunia nyaris dengan World War 3,hutan sana sini terbakar,dan peperangan di mana mana. Selepas beberapa bulan,ku fikirkan bulan yang seterusnya jadi baik dari sebelumnya telah menjadi
memori gelap di pelosok dunia.

Corona muncul tanpa diduga,semua negara sedang diancam Corona dan ekonomi negara mula merosot dan society menjadi penghuni rumah yang setia. Selang beberapa bulan,vaccine telah dicipta oleh Super Ring Vaccination a.k.a SRV. Akan tetapi,pengganas bernama Geng Kiah 90 dan Raksasa Corona telah mencuri vaccine tersebut dan lari menyorok di Muo. Professor Apek Gaming Shack juga telah diculik dan ini membuatkan keadaan makin teruk.

Tetapi jangan gusar,hero malaya sudah muncul yang bernama Steve Jibs a.k.a J.I.B.S . JIBS seorang suami dan juga tentera science telah diupah oleh kerajaan Malaysia perlu pergi ke Muar untuk mencari vaccine tersebut dan menyelamatkan keadaan sekarang. Adakah
J.E.B.S mampu menyelamatkan Prof.Apek dan vaccine?

Hanya Allah sahaja yang tahu

Kredit: Danial Aiman

CARA-CARA BERMAIN

If Game Tak Boleh Main,Click Right Mouse Dan Click Run As Admin
Kalau Game Crash Start Lagi
WASD Untuk Gerak
F Untuk Buka Pintu/Tutup Pintu
Q Dan E Untuk Skodeng (Peek)
Left Dan Right Mouse Untuk Tembak Dan Aim
C Untuk Cangkung
Space Untuk Lompat Katak
Kredit: Danial Aiman

Macam menarik kan? ha, korang yang tak tahu nak buat apa kat rumah tu, boleh la cuba game ‘World War Corona’ ni dan tingkatkan lagi pengatahuan am untuk melawan virus Covid-19. Kepada mereka yang nak main tu boleh tekan:

DOWNLOAD DISINI


Sumber: Danial Aiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *