Sony memperlahankan kelajuan muat turun permainan di Eropah untuk membantu stabilkan internet

Sony dikatakan sedang bekerjasama dengan ISP (Internet Service Provider) di Eropah untuk mengurus trafik muat turun PlayStation. ‘Social Distancing’ telah membuatkan ramai orang melayari internet dari sebelum ini, dan ianya menjadikan pemain mengalami muat turun permainan yang lebih perlahan dari biasa pada masa ini.

“Kami percaya ianya penting untuk melakukan bahagian kami dalam mengendali masalah kestabilan Internet dimana ramai orang sedang melakukan ‘Social Distancing’ dan menjadi lebih bergantung kepada akses internet” – Jim Ryan, Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Google dan juga Netflix telah mengumumkan polisi yang sama, iaitu dengan menghadkan penggunaan data penstriman video. Semakin ramai yang duduk di rumah dan ramai menonton Netflix dan juga Youtube. Google juga mengumumkan yang ia akan mengembangkan polisi ini secara global. Bertabahlah semua ye, apa-apa pun, stay at home!


Sumber: Kotaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *