Nintendo menderma 9, 500 topeng muka

Dengan kekurangan topeng muka secara global dan ianya membahayakan kepada ‘frontliner’ yang bertungkus lumus dalam peperangan bersama Covid-19, Nintendo menggeledah bilik belakang mereka dan menjumpai topeng muka N95 yang berkuantiti 9, 500, dimana, ianya telah diberi kepada responder berdekatan dengan Nintendo America.

North Bend, Washington, di situlah terletaknya pusatĀ  pembungkusan dan pengedaran Nintendo America , dilaporkan yang wakil Nintendo, Jerry Danson telah menghubungi Eastside Fire & Rescue untuk menderma 9, 500 topeng muka N95.

Mesti korang tertanya-tanya, dengan masalah kekurangan topeng muka secara global, macam mana pulak Nintendo boleh ada stok? Sebenarnya, dah lama mereka membeli topeng muka N95 ni di atas sebab ingin bersedia jika berlakunya kecemasan, contohnya, macam sekaranglah. Baik hati betul diorang ni, korang pun, kalau ada stok lebih, why not kita berikan kepada mereka yang memerlukan dan bukannya dengan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dengan menjual pada harga yang mahal.

Kredit: Nintendo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *