Spesifikasi penuh PlayStation 5 dan masa ‘Installation’ yang lebih pendek?

Aku tahu, ramai yang tengok presentation ‘Road to PS5’ yang baru je berlangsung tadi kan. Ramai yang excited sebab ingin tahu macam mana rupa PlayStation 5 ni nanti. Tetapi, a lil bit of twist, presentation kali ini lebih kepada spesifikasi dan juga perubahan besar dari PlayStation 4 ke PlayStation 5 (selain dari pada logo). Sebelum kita ‘Deep Dive’, jom kita usha spesifikasi penuh untuk PlayStation 5 ni.

  • CPU: 8x Zen 2 Cores pada 3.5GHz (Frekuensi berubah-ubah)
  • GPU: 10.28 TFLOPs, 36 CUs pada 2.23GHz (Frekuensi berubah-ubah)
  • GPU Architecture : Custom RDNA 2
  • Memory/ Interface: 16GN GDDR6/ 256-bit
  • Memory Bandwidth: 448GB/s
  • Internal Storage: Custome 825GB SSD
  • IO Throughput: 5.5GB/s (Raw), Typical 8-9GB/s (Compressed)
  • Expandable Storage: NVMe SSD Slot
  • External Storage: USB HDD Support
  • Optical Drive: 4K UHD Blu-ray Drive

Ini merupakan sedikit sebanyak info tentang spesifikasi penuh untuk PlayStation 5 yang akan dikeluarkan nanti. On to the next topic! Penggunaan SSD untuk PlayStation 5. Aku rasa, rata-rata orang tahu yang SSD menyenangkan kerja ramai orang. Jadi, Mark Cerny, Chief Architect untuk Sony PlayStation mengambil langkah untuk mengubah dari HDD yang digunakan di PlayStation 4 ke SSD untuk PlayStation 5 yang bakal dilancarkan pada masa hadapan.

Ini kerana, dengan penggunaan SSD, tidak akan ada lagi seek time, di mana, setiap patch yang di download dan di install, files baru tidak perlu diadakan dan bermaksud tiada install yang akan berlaku. Dengan kelajuan SSD, Cerny menjanjikan yang game akan load dengan lebih cepat, developers mempunyai maneuverability dan ruang yang luas untuk mencipta game yang lebih besar dan dapat mengurangkan masa installation.


Ini sahaja perkara yang aku ingin ketengahkan selepas menonton ‘The Road to PS5‘ yang baru sahaja berlangsung tadi. Apa pun, harap pengguna konsol sabar menunggu akan update yang akan datang. Kepada mereka yang terlepas Road to PS5 tadi, korang boleh tengok video di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *