Adaptasi The Last of Us menjadi siri TV HBO

Yes, mata korang bukan rabun, dan juga tak kabur. Tajuk yang ditunjukkan dan itulah yang aku nak bagitahu korang semua. ‘The Last of Us’ merupakan siri ‘Franchise’ daripada studio ‘Naughty Dog’ yang di publishkan oleh PlayStation dan kini, ianya sedang dibangunkan oleh HBO untuk dijadikan siri TV nanti.

Imej: Naughty Dog/ Sony Interactive Entertainment
Imej: Naughty Dog/ Sony Interactive Entertainment

Dalam kalangan komuniti PlayStation 4, tajuk ‘The Last of Us’ merupakan satu perkara yang selalu disebut. Kini, menurut Hollywood Reporter, projek tersebut akan dilancarkan sebagai siri TV. Ianya diketuai oleh Craig Marzin, dimana, dia pernah bekerja dengan HBO untuk siri Chernobyl dan sekarang sedang menulis untuk movie Borderlands. Mazin akan bergabung dengan Vice President Naughty Dog, iaitu Neil Druckman, co-director dan juga penulis bagi ‘The Last of Us’ dan ‘The Last of Us Part 2’. Beliau akan menjadi Executive Producer dan juga penulis bagi projek ini.

Presiden Naughty Dog, Evan Wells, juga akan mengambil tempat sebagai Executive Producer bersama-sama dengan Producer veteran di HBO Carolyn Strauss. Projek ini merupakan projek pertama yang melibatkan produksi PlayStation, di mana co-producing bersama Sony Pictures Television.

Di akaun Twitter rasmi HBO, korang boleh nampak Tweet HBO yang menunjukkan clip simbol ‘Fireflies’, yang merupakan puak yang ada di dalam ‘The Last of Us’.

Game ‘The Last of Us’ pertama kalinya dilancarkan pada tahun 2013 untuk konsol PlayStation 3 dan telah di -‘port’kan ke PlayStation 4 pada tahun seterusnya. Lebih 17 juta game tersebut terjual dan sekuelnya, ‘The Last of Us Part 2’ akan dilancarkan pada 29 Mei 2020 di platform PlayStation 4. Min tak sabar nak tunggu siri TV ini dan jugak sekuel gamenya nanti!

 


Sumber: Polygon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *