Berjaya Dragons, “Pride of Malaysia”

Pada 17 Januari 2020 yang lepas, Berjaya Corporation Berhad (BCorp) telah pun mengumumkan pembentukan pasukan profesional League of Legends (LoL) yang digelar Berjaya Dragons, yang akan menyertai Pacific Championship Series (PCS) yang akan bermula pada 8 Februari 2020 nanti.

Pasukan esukan negara yang motonya “Pride of Malaysia” ataupun dalam bahasa melayunya “Kebanggaan Malaysia” telah ditubuhkan sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk mempromosikan esukan berikutan perkembangan trend global esukan.

Mengulas mengenai pembentukan Berjaya Dragons, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, pengasas dan pengerusi eksekutif Berjaya Corporation Berhad berkata:

“Sebagai persaingan yang memerlukan fokus mental yang tinggi, esukan kini merupakan satu trend dunia yang tidak dapat dielakkan yang mendorong ribuan pemuda untuk cabaran keupayaan mental mereka. Oleh itu, langkah pertama kami dalam persaingan ini dengan pembentukan pasukan esukan memainkan peranan penting ke arah pembangunan industri esukan. Saya harap kami dapat membina ekosistem yang sihat untuk memupuk individu yang berbakat, dan mempromosikan pertumbuhan industri dengan penyertaan kami”

Barisan pemain bagi pasukan Berjaya Dragons LoL akan diumumkan tidak lama lagi.

Untuk informasi lanjut tentang Pacific Championship Series (PCS), korang boleh ke Facebook page rasmi PCS di https://www.facebook.com/lolpacific.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *