Logo PlayStation 5 didedahkan! Pelbagai ingin dikongsi pada masa akan datang!

Sony Interactive Entertainment akhirnya mendedahkan logo untuk konsol terbaru mereka yang akan datang, iaitu PlayStation 5 semasa press conference Sony Corporation di Consumer Electronic Show 2020 (CES 2020) yang sedang berlangsung.

Selain dari itu, beberapa slide menunjukkan beberapa ciri PlayStation 5 juga ditunjukkan. Platform tersebut akan mempunyai 3D audio sound, haptics / adaptive triggers, ultra high-speed solid state drive (SSD), ray tracing berdasarkan hardware, dan ultra high-definition Blu-ray support.

Di atas pentas, presiden dan juga CEO kepada Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan ada mengatakan;

“Kami telah mengumumkan beberapa ciri utama untuk PlayStation 5, di mana telah direka dan dicipta lain dari platform yang sedia ada, termasuk teknologi yang future-proof seperti ultra high-speed solid state drive, 3D audio, ultra HD Blue-ray, dan juga rekaan controller baru yang mempunyai haptics dan butang adaptive trigger. Berdasarkan asas itu, PlayStation 5 akan memberi inspirasi kepada pembangun untuk mencipta dunia yang luas dengan pengalam gameplay yang lebih mendalam dari sebelum ini dari segi rupa, bunyi dan rasa”

Ryan menyambung;

“Janji kami kepada 100 juta komuniti PlayStation yang kuat adalah untuk menawarkan kandungan yang terbesar dan terbaik. Dan untuk memberi pengalaman yang unik kepada para gamers yang belum pernah terjadi sebelumnya. Ada banyak lagi perkara yang ingin dikongsi tentang PlayStation 5 pada bulan akan datang, dan kami berharap untuk mendedahkan lebih akan ciri, termasuk kandungan yang akan menunjukkan platform dan masa hadapan gaming. Komuniti merupakan dasar bagaimana kami membesar pada 25 tahun lepas, dan kami akan meneruskan misi kami dan berikannya kepada kesemua pemain di seluruh dunia”

Jadi, aku rasa ramai yang teruja akan apa yang telah didedahkan pada hari ini. Walaupun apa yang ditunjukkan adalah dasar, tetapi ini menjadi satu permulaan yang baru bagi pengguna dan juga peminat PlayStation dari dulu, sampai sekarang. Sekarang, bermulalah misi tabung “PlayStation 5” aku dan juga wife aku =P


Sumber: Gematsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *