Screenshot Digimon Survive – Saki Kimijima, Floramon, free movement dan banyak lagi

Bandai Namco post beberapa screenshot Digimon Survive dalam Weibo Account mereka pada 24 Disember lepas, dimana ianya menunjukkan karekter baru Saki Kimijima (disuarakan oleh Minami Takahoshi), pasangannya Floramon (disuarakan oleh Shino Shimoji), dan juga system “free movement”. Ada tambahan screenshot yang di postkan di akaun Twitter @Digimon_Game pada 20 Disember.

Saki Kimijima merupakan budak perempuan yang bersekolah pada tahun pertama yang mempunyai personaliti yang jujur. Kira macam Freewheeling dan follow the flow punya jenis. Tentang  sistem “free movement” pula, pemain dibenarkan untuk pergi ke mana sahaja di atas map dan ikut suka hati korang lah nak bercakap dengan siapa sekali pun. Jadi, dengan sistem “free movement”, korang boleh rapatkan silaturahim korang melalui perbualan.

Screenshot juga menunjukkan map.

Dibawah merupakan screenshot yang diberi:

Digimon Survive akan dilancarkan untuk konsol PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC di seluruh negara pada tahun 2020. Di jepun, ianya akan dilancarkan untuk konsol PlayStation 4 dan juga Nintendo Switch sahaja. Jadi, siapa peminat game Digimon yang tak sabar-sabar tunggu game Digimon Survive ni dilancarkan?


Sumber: Gematsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *