Remilia, perempuan pertama yang bertanding dalam siri kejohanan League of Legends, meninggal pada umur 24

Streamer di Twitch dan juga bekas pemain professional League of Legends, Maria “Remilia” Craveling yang berumur 24 tahun, mati pada hari Jumaat lepas. Menurut tweet dari kawan rapatnya dan wartawan esport Richard Lewis:

” Dengan sangat sedih saya memberitahu yang kawan baik saya Maria Creveling meninggal dunia dengan aman di dalam tidurnya semalam. Ketiadaannya akan meninggalkan kekosongan yang tidak boleh dipenuhi “ terang beliau melalui tweet yang dipostkan pada 29 Disember, semalam.

Remilia melakar sejarah pada tahun 2015 dimana dia menjadi perempuan pertama yang berjaya memasuki siri kejohanan League of Legends dan dia bermain untuk Renegades. Walaubagaimanapun, pada tahun 2016, dia meninggalkan kumpulan tersebut dengan tekanan dan gangguan menjadi punca.

Ini merupakan tweet dari teman lelaki Remilia. Apa-apa pun, aku dari pihak TapakGamer mengucapkan takziah kepada teman lelakinya dan keluarganya atas kehilangan orang yang tersayang.


Sumber: Kotaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *