Khabar Angin: Resident Evil 3: Nemesis Remake Dikatakan Akan Keluar Pada Tahun 2020 !?

Yes!!! Seperti yang aku jangka, team Capcom bakal mengeluarkan Remake mereka seterusnya iaitu Resident Evil 3: Nemesis dan ianya akan dilancarkan pada tahun hadapan, iaitu tahun 2020. Nak tahu sahih atau tidak, jom baca!

Menurut laporan dari seorang YouTuber, Spawn Wave dan juga VGC. Di dalam artikel VGC, mereka mengesahkan tentang kemunculan Resident Evil 3: Nemesis dari pelbagai sumber, tetapi ianya perlu dirahsiakan. Juga, apa yang dikatakan oleh Spawn Wave juga, sama seperti laporan VGC, tetapi, masih lagi dirahsiakan sumbernya.

Aku sediakan video dari Spawn Wave di bawah:

Antara perincian yang aku dapat, mereka akan menggunakan engine yang sama untuk game Resident Evil 3: Nemesis, dan Capcom mahu melakukan remake terhadap Resident Evil 3: Nemesis kerana kejayaan mereka akan Resident Evil 2 Remake yang di lancarkan pada Januari tahun 2019 yang telah terjual hampir 5 juta salinan.

Dengan adanya desas desus yang disebut di antara kami, mungkin kita akan melihat akan pengumuman rasmi dari pihak Capcom sendiri dalam masa terdekat ini.

Fuh, aku harap betul lah yang Resident Evil 3: Nemesis akan dilancarkan, dan aku yakin, ramai fan Resident Evil menunggu Nemesis dan Jill membuatkan kemunculan. Aku juga berharap yang Resident Evil 3: Nemesis kali ini lebih hebat dari siri Resident Evil yang sebelum ini. Apa-apa pun, kita tunggu berita selanjutnya dari pihak Capcom sendiri.


Sumber: Gematsu, Spawn Wave, VGC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *