Black Friday Sale di Uplay Store, PlayStation Store dan Green Man Gaming!

Sale lagi, lagi dan lagi!!! Phew, memang kaw kaw weh, nak nak hujung tahun pulak kan, makin banyak platform game yang buat sale. Habis la duit nak~ Nak tahu apa yang menarik, jom ikut aku.

Antara platform yang sedang meraikan Black Friday dan hangat melakukan sale adalah Uplay Store, PlayStation Store dan juga Green Man Gaming. Untuk artikel kali ni, aku akan sajikan korang apa yang menarik untuk dibeli di setiap sale yang dilakukan oleh ketiga-tiga platform tersebut.

Uplay Store

Untuk Uplay Store, korang akan dapat sehingga 90% diskaun. Bukan main main weh, antara game yang aku boleh suggest untuk korang enjoy dan beli di Uplay Store adalah Tom Clancy’s The Division 2 yang pada asalnya berharga MYR 209.00 untuk Standard Edition, dan dengan Black Friday Sale, ianya berharga MYR 73.15 je weh. Murah gila! Korang dah jimat MYR 135.85. Alang-alang, korang sambar sekali dengan Year 1 Pass yang asalnya harga MYR 139.00 dan sekarang korang boleh dapatkan dengan harga MYR 69.50. Jimat teruk! Lagi murah, kalau korang kaki farm Ubisoft Coins, korang dapat diskaun lagi 20% dengan 100 coin je.

Juga, kepada mereka yang minat siri Assassins Creed, boleh belanjakan sikit duit gaji untuk kepuasan diri. Untuk Assassins Creed Odyssey Standard Edition, korang boleh dapatkan dengan harga MYR 94.05. Untuk Uplay Store, Black Friday sale akan berakhir pada 2 Disember nanti.

PlayStation Store

PlayStation Store pula, korang boleh jimat sehingga 80% diskaun. Banyak juga tu. Antara game menarik yang korang boleh sambar di PlayStation store adalah, Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint, Grand Theft Auto V dan Monster Hunter World. Oh, lupa pulak, korang boleh miliki PlayStation Plus pada harga MYR 119.00, iaitu 25% diskaun. Ia juga akan berakhir pada 2 Disember nanti.

Green Man Gaming

Di Green Man Gaming, lain pulak cerita. Selain dari korang dapat diskaun sehingga 75%, mana-mana game yang korang beli ada ‘tag’ +5, korang akan dihadiahkan lagi 5 game percuma. Tapi tak tahulah game yang macam mana, sebab ianya misteri, tapi bagi aku amat berbaloi lah kan. Dah la dapat diskaun lagi, siap dapat game percuma lagi, bukan satu, bukan dua, tapi 5!!!

Untuk Green Man Gaming, sesiapa yang tengah mengidam nak main Red Dead Redemption 2 di PC, inilah masanya untuk korang milikinya. Diskaun sehingga 20%, korang boleh miliki Red Dead Redemption 2 dengan harga MYR  175.20 sahaja dan, macam aku cakap tadi, tambah lagi dengan 5 game misteri. Phew. What a good deal! Black Friday Sale untuk Green Man Gaming dikatakan akan berakhir pada 3 Disember nanti.

Fuhh, jadi, itu sahaja liputan aku untuk Black Friday Sale kali ini. Banyak betul deal yang menarik, lagi-lagi di Green Man Gaming, sumpah good deal gilowss. Apa-apa pon, kepada gamers semua, selamat menghabiskan saki baki duit anda, dan enjoy!

ps: Untuk menyenang korang access ke tiga-tiga site, korang tekan je nama tu, aku dah link kan ye. Buh bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *