Square Enix sedang membangunkan “IP” yang tidak diketahui untuk konsol “High-Definition”

Geng, di samping kita semua, kaki konsol sedang menunggu untuk Final Fantasy VII Remake dilancarkan, kita bakal dikejutkan lagi dengan satu Intellectual Property ataupun IP yang masih belum diumumkan oleh pihak Square Enix. Dikatakan lagi, ianya untuk konsol “High Definition”.

Bahagian pembangunan Square Enix yang pertama sedang melakukan kerja-kerja untuk satu  harta intelektual (ataupun dalam bahasa mudah IP) yang baru yang tidak diumumkan lagi. Ianya boleh dilihat melalui website pengambilan Square Enix Jepun.

Bahagian pembangunan Square Enix yang pertama mempunyai portfolio yang pelbagai termasuk, Final Fantasy VII Remake, Kingdom Hearts III, SaGa: Scarlet Grace, Romancing SaGa 3 (remastered), Romancing SaGa Re:Universe dan pelbagai tajuk yang lain, dan juga mempunyai bilangan pekerja yang ramai dan mempunyai pelbagai bidang dari konsol hingga ke telefon pintar.

Di bawah seksyen tajuk yang belum di umumkan, Square Enix berkata:

” Bertujuan untuk merealisasikan ‘ pengalaman action game untuk generasi hadapan ‘ yang melampui kerangka action game yang sedia ada, dengan mempunyai pasukan international dari setiap pelusuk dunia”

Apa yang dimaksudkan dengan konsol “High Definition” di sini? Adakah ianya bermaksud PlayStation 5? Masuk akal juga, tapi, apa-apa pun, kita tunggu official announcement dari pihak Square Enix sendiri. Aku harap, ianya IP yang menarik untuk peminat yang sentiasa menyokong kerja Square Enix.


Sumber: Gematsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *