Sony Interactive Entertaiment Telah Melakukan Cap Dagangan untuk PS6, PS7, PS8, PS9 dan PS10 di Jepun

Wow, ini terbaik, nampak Sony Interactive Entertainment telah pun memfailkan cap dagangan PS6, PS7, PS8, PS9, dan juga PS10 di Jepun dan langkah ini nampaknya untuk keselamatan platform PlayStation yang akan datang.

Kredit: Christian Petersen/Getty Images

Ianya menjadi kebiasaan buat Sony. Ini kerana merupakan jalan selamat untuk PlayStation ‘secure’ brand mereka dari diambil oleh orang lain. Apa kata kita jelajah sedikit sejarah untuk cap dagangan ‘PS’ sebelum ini:

  • PS (cap dagangan pada tahun 2000, dilancarkan pada tahun 1994)
  • PS2 (cap dagangan pada tahun 1999, dilancarkan pada tahun 2000)
  • PS3 (cap dagangan pada tahun 2005, dilancarkan pada tahun 2006)
  • PS4 (cap dagangan pada tahun 2006, dilancarkan pada tahun 2013)
  • PS5 (cap dagangan pada tahun 2006, dilancarkan pada tahun 2020)
Kredit: Emmanuel Dunand

So, dari berita ini, kita dah boleh jangkakan kedatangan konsol PlayStation yang baru pada masa hadapan, cuma, yang belum didedahkan lagi adalah tarikh pelancarannya, tapi, seperti yang kita tahu, PlayStation 5 akan dilancarkan pada musim cuti, tahun 2020!


Sumber: Gematsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *