Ciri Steam Terbaru, Remote Play Together!

Bila nak main game local multiplayer je, mesti ramai pemain mengeluh dan tak jadi nak main game tu, tapi, sekarang, korang dah tak perlu risau lagi dah, sebab apa, sekarang Steam dah ada ciri yang membolehkan korang untuk bermain game local multiplayer tetapi secara online. Ianya dipanggil sebagai Remote Play Together tetapi masih lagi di dalam fasa percubaan beta. Nak tahu dengan lebih lanjut, teruskan bacaan korang gais.

Jadi, macam aku cakap tadi, dengan ciri Remote Play Together korang boleh main apa-apa game yang mempunyai ciri local co-op, local multiplayer dan juga split-screen dengan rakan korang mahupun orang yang tersayang secara online. Ciri ini membenarkan korang bermain sehingga 4 orang pemain, atau lebih mengikut game apa yang dimainkan. Yang lagi best, hanya seorang pemain sahaja, iaitu host perlu mempunyai game tersebut dan install game tersebut supaya ciri tersebut boleh digunakan.

Cara untuk menggunakan Remote Play Together di Steam:

  1. Korang kena sign up untuk Steam Beta
  2. Lancarkan game local multiplayer korang
  3. Ajak kawan korang
  4. Pilih Remote Play Together
  5. Siap!

Selain daripada itu, Remote Play Together ni, bukan untuk korang main game bersama je tau, korang juga boleh stream video, audio, input dan juga suara di antara pemain. Ciri ini juga menyokong PC, Mac dan Linux, jadi tiada siapa yang ketinggalan walaupun mempunyai sistem operasi yang berbeza. Macam aku cakap tadi, ciri ini masih lagi dalam fasa beta dan pemain digalakkan untuk memberi feedback supaya pihak Steam dapat melakukan baik pulih dan bersedia apabila ciri ini dilancarkan. Antara game di Steam yang korang boleh main secara Remote Play Together adalah Rocket League, Divinity Original Sins 2 dan Gears 5.

Apa pendapat korang tentang ciri terbaru di Steam? Korang rasa ngam tak ngam? Bagi aku, ianya lebih friendly, maklumlah, game-game yang lama, masih lagi ada ciri local multiplayer ataupun co-op. Ianya merupakan ciri yang sangat bagus dan sangat lah praktikal. Tunggu apa lagi, cepat-cepat sign up untuk Steam Beta dan cuba sendiri ciri Remote Play Together ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *