Tarikh Steam Sale Dibocorkan! Wallet Anda Sudah Bersedia?

Halu halu halu, nampaknya waktu yang bakal mengoyakkan wallet telah kembali! Apa lagi kalau bukan Steam sale. Gaben dengan senyuman yang menggoda telah pon bersedia untuk menerima wang dari korang semua. Kepada mereka yang menggunakan PC sebagai jentera utama untuk bermain game, tak asing lagi dengan Steam sale ni, malah, mereka dengan berbesar hati menunggu sale di Steam. Macam aku sendiri pon, sama jugak, nak-nak hujung tahun macam ni, back-to-back kot sale di Steam.

 

Dari sumber yang boleh dipercayai, iaitu Steam Database (ataupun dikenali sebagai SteamDB) di Twitter, mereka ada membocorkan tarikh-tarikh penting, iaitu tarikh untuk Steam sale. Aku yakin korang konfirm nak tahu kan tarikh Steam Sale yang bakal menyerang wallet korang? Nah, tengok Tweet mereka di bawah:

Jadi, meh aku buat sedikit ringkasan, supaya senang untuk korang faham. Halloween Sale bermula dari 28 Oktober sehingga 1 November. Autumn Sale pula pada November 26 sehingga December 3 dan akhir sekali, Winter Sale dari December 19 sehingga 2 Januari.

Nampaknya, pada tahun ini, Autumn Sale bermula agak lewat. tapi yang cantiknya, Halloween Sale dan Autumn Sale berlaku selepas gaji (untuk mereka yang bekerja kerajaan lah kan, 25hb). So, simpan duit siap-siap, kot la sale kali ni menarik, boleh sapu dua-tiga game sekaligus. Apa-apa pon, tengok wallet dulu sebelum tengok Steam sale, jangan sampai berhutang atau tak makan sekadar untuk beli game ye geng.


Sumber: PC Gamer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *