PlayStation 5 Akan Dilancarkan Pada Tahun 2020?!

Beberapa kali kita dah dengar akan kemunculan Generasi ke-5 untuk konsol PlayStation iaitu PlayStation 5. Sebelum ini kita tahu akan spesifikasi dan kita tahu macam mana kemampuan PlayStation 5, dan kali ini, kita telah tahu bila PlayStation 5 akan dilancarkan secara rasminya. Aku akan ceritkan sedikit perincian yang aku dapat.

Di blog rasmi PlayStation, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan secara rasmi yang PlayStation 5 akan dilancarkan pada lewat tahun 2020, iaitu semasa musim cuti. Ini merupakan kali pertama yang Sony mengumumkan secara rasmi untuk pelancaran generasi seterusnya untuk konsol mereka. Di dalam blog mereka juga, diperkatakan yang controller untuk PlayStation 5 akan menggunakan dua inovasi mereka yang terbaru. Yang pertama menggunakan ‘Haptic Feedback’ selain daripada ‘Rumble’ dan yang kedua, adalah ‘Adaptive Triggers’ di mana, developer boleh program kembali butang ‘L2’ dan ‘R2’. Ini membolehkan developer untuk mengubah rintangan ‘Trigger’ tersebut mengikut ‘In-game Action’ ataupun situasi pemain. Selain daripada itu, Sony juga telah mengesahkan bahawa ada beberapa Studio Game sudah mempunyai controller baru itu untuk tujuan pembangunan.


Nampaknya seperti Sony cuba untuk menyaingi Xbox Scarlett dengan ruang pelancaran yang sangat rapat. Seperti yang kita tahu, Xbox Scarlett juga akan dilancarkan pada musim cuti tahun 2020. Bagi korang lah kan, konsol mana yang akan meletupkan market dengan sales mereka? Adakah Xbox Scarlett atau PlayStation 5?


Sumber: Sony Interactive Entertainment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *