Doom Eternal Ditunda Ke Mac 2020

Nampaknya, kepada peminat game siri Doom, kena tunggu lama sikit untuk kemunculan siri baru iaitu Doom Eternal. Ini kerana, ada sumber yang mengatakan Doom Eternal akan dilancarkan pada Mac tahun 2020. Apa yang menyebabkan mereka menunda pelancaran Doom Eternal ni? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh, teruskan bacaan korang ye.

Sumber ini aku dapat dari Twitter mereka sendiri, di mana id software mengatakan yang mereka memerlukan lebih masa untuk membangunkan game Doom Eternal. Ini kerana, mereka ingin menggilapkan lagi game tersebut dan mengikut apa kehendak peminat siri game Doom. Di bawah aku sertakan Tweet mereka:

Dalam mesej yang disampaikan juga, ada beberapa perubahan yang melibatkan dengan pelancaran Doom Eternal. Seperti ‘Invasion Mode’, dimana pemain dibenarkan untuk masuk ke game pemain lain sebagai ‘Demon’ dimana, ianya akan datang secara berasingan, percuma sejurus pelancaran Doom Eternal. Ala, kira macam game Dark Souls la. Tambahan pula, dikatakan ia juga akan dilancarkan di Nintendo Switch selepas ianya telah dilancarkan di Platform yang lain. Tarikh yang tepat akan diumumkan secara rasmi oleh mereka. Akhir sekali, Doom 64 akan dilancarkan ke semua platform, bukan sahaja Nintendo Switch. Ia juga datang sebagai bonus bagi mereka yang Pre-order Doom Eternal.

Dengan penundaan Doom Eternal ke Mac, ianya akan di lancarkan pada bulan yang sama, dimana Final Fantasy VII remake, Watch Dogs: Legion dan Animal Crossing: New Horizons akan dilancarkan. Jadi, kepada peminat siri game Doom, berilah mereka sedikit masa. Ini untuk kipas susah mati Doom jugak, kerana mereka ingin melakukan yang terbaik untuk korang.

Fuhh, banyak jugak game best yang akan dilancarkan pada bulan Mac tahun depan. Jadi, korang dah prepare wallet korang belum?


Sumber: Kotaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *