Kes ‘Analogue Drift’ Untuk Nintendo Switch Lite, Dah Ramai Yang Kena?

Semenjak Nintendo Switch Lite dilancarkan, satu persoalan yang besar dibangkitkan oleh pengguna, adakah analog stick untuk Nintendo Switch Lite akan bertemu nasib yang sama seperti Joycon Nintendo Switch yang asal?

Kredit: dbrand, Nintendo

Ini kerana, Channel Youtube Spawn Wave, telah pon membuka Nintendo Switch Lite untuk melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka telah menjumpai rekaan analog stick yang sama dengan Joycon Nintendo Switch yang asal. Nampaknya, persoalan itu telah terjawab apabila ramai pengguna Nintendo Switch Lite telah membuat laporan tentang ‘Analogue Drift’ yang berlaku ke atas konsol Nintendo Switch Lite mereka.

Aku akan kongsikan beberapa Tweet oleh mereka yang menghadapi masalah ‘Analogue Drift’ ini di bawah:

Seperti yang dijangka, isu yang ditakuti oleh pengguna Nintendo Switch telah berulang kembali tetapi di konsol Nintendo Switch Lite. Setelah apa yang terjadi sebelum ni, nampaknya pihak Nintendo masih belum serik, tetapi, harap mereka masih boleh menukar dan membaik pulih Joycon tersebut dengan percuma, seperti apa yang di tawarkan sebelum ini.


Sumber: Nintendo Life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *