Selangor Cyber Games 2019 Kembali Dengan Prize Pool RM 215, 000!

Kepada semua gamers, REJOICE!!!! Selangor Cyber Games kini kembali! Memang ramai pemain tertunggu-tunggu akan acara Selangor Cyber Games ni kan? Inilah masanya untuk korang test skill korang dalam permainan yang akan dipertandingkan. Bukan itu sahaja, banyak lagi acara yang menarik yang akan dipertontonkan. Nak tahu apa yang lebih menarik? Prize Pool yang mencecah MYR 215, 000. Bila lagi kan, inilah masanya.

Kredit: Selangor Cyber Games, MET Malaysia

Untuk tahun 2019, Selangor Cyber Games akan berlansung di Central I-City, Shah alam, dari 26 Oktober sehingga 27 Oktober. Buat masa ini, 4 permainan akan dipertandingkan iaitu, FIFA20, PUBG Mobile, Tekken 7 dan tidak asing lagi, DOTA 2.

Untuk Prize Pool pula, pihak Selangor Cyber Games telah memperuntukkan MYR 215, 000. MYR 30, 000 untuk DOTA 2, MYR 30, 000 untuk Tekken 7, MYR 55, 000 untuk FIFA 20 dan sebahagian yang besar, MYR 100, 000 untuk PUBG Mobile. Menarik kan hadiahnya?

Kepada mereka yang ingin menyertai, korang dah boleh mula untuk mendaftar tau. Tak tahu nak daftar kat mana? Jangan risau, aku akan sediakan link untuk mendaftar di bawah:

FIFA 20

Kredit: Selangor Cyber Games, MET Malaysia

DOTA 2

Kredit: Selangor Cyber Games, MET Malaysia

PUBG Mobile

Kredit: Selangor Cyber Games, MET Malaysia

Tekken 7

Kredit: Selangor Cyber Games, MET Malaysia

4 permainan yang dipertandingkan ni, bagi aku merupakan antara game yang kompetitif buat masa ini. Jadi kepada mereka yang rasa-rasa skill dah power habis, ingin mengasah lagi skill korang, untuk mengambil pengalaman dan belajar dengan mereka yang lebih hebat, jangan lepaskan peluang ini, sertai Selangor Cyber Games dan tunjukkan kepada orang Malaysia siapa yang lebih hebat! Daftar Sekarang!


Sumber: Selangor Cyber Games, MET Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *