Acara In-Game Pertama Borderlands 3, Bloody Harvest!

Phew, apa pon, pertama sekali aku nak ucapkan selamat datang ke website TapakGamer!!!! Alright, kembali kepada topik asal. Tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan Oktober, jadi, korang faham-faham lah kan. Time ni, akan banyak game online yang mempunyai In-Game Event. Antaranya, game yang baru sahaja dilancarkan, iaitu Borderlands 3. Limited time In-Game Event yang pertama untuk game Borderlands 3 ini dipanggil “Bloody Harvest”, dan ianya akan membawak pemain ke misi yang baru, debuff baru dan juga, semestinya, senjata baru!

Pengarah kreatif untuk Borderlands 3, Paul Sage telah menyertai rancangan bulanan Borderlands 3, di mana, dia akan berkongsi sedikit maklumat tentang hotfixes yang akan datang dan juga bercerita tentang acara “Bloody Harvest”. Dibawah aku akan sajikan korang video dimana Paul Sage memberi penerangan tentang Update baru dan juga bercerita sedikit tentang “Bloody Harvest”.

Acara “Bloody Harvest” ini percuma dan boleh dimainkan oleh mereka yang telah meninggalkan Pandora dan telah sampai ke Sanctuary III. Akan ada Saurian yang bernama Maurice muncul di Sanctuary sebagai petunjuk untuk acara bermusin di dalam Borderlands 3.

Untuk misi dalam acara “Bloody Harvest”, pemain akan berjumpa dengan musuh yang di rasuk yang menggunakan debuff “Terror”, dimana akan membuatkan pemain kurang nampak dan kebolehan untuk membidik secara sempurna. Kira mabuk sikit la. Akan ada juga “anointed” attachments dimana akan mengubah efek terror menjadi satu kelebihan buat pemain selain pemain asyik melarikan diri.

Yang paling best, pemain juga akan berjumpa dengan boss yang bernama “Captain Hunt”. Menurut Paul Sage, “Blood Harvest” akan dilancarkan lewat Oktober nanti.

Kredit: 2K Games, Gearbox Software

Aku yakin, ramain pemain Borderlands 3 menunggu acara”Bloody Harvest” ni kan? Baca pon dah menarik. Happy Hunting!


Sumber: PC Gamer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *